Kesan Masalah Kewangan

Tuesday, August 3, 2010




1. Tekanan perasaan
Masalah kewangan boleh menyebabkan individu yang terlibat dengan masalah kewangan akan sentiasa berasa runsing .
perkara ini disebabkan seseorang itu sering tiada wang dan akhirnya boleh membawa kepada gejala sosial yang tidak sihat seperti peras ugut, merompak dan lebih serius lagi cenderung untuk membunuh diri. 

2. Membuat pinjaman daripada along
Individu yang mempunyai masalah ini akan memikirkan jalan penyelesaian yang paling cepat. Hal ini akan menyebabkan mereka berfikiran sempit dan cenderung untuk meminjam daripada pihak yang salah. Contohnya, meminjam daripada ceti haram ataupun lebih dikenali sebagai 'ahlong'. Selain itu, mereka juga akan meminjam daripada badan-badan yang tidak diiktiraf seperti Pusat Peminjaman Wang Sementara. Peminjam akan dikenakan kadar faedah yang tinggi dan akhirnya peminjam tidak mampu membayar hutang tersebut lalu diburu oleh pemiutang. Individu tersebut akan hidup dalam ketakutan dan keadaan ini boleh mengancam nyawa diri sendiri dan juga ahli keluarga. Konklusinya, mereka yang berhutang ini bukan sahaja menyusahkan diri mereka sendiri malah turut mengancam nyawa orang yang tersayang.

3. Masalah rumah tangga
Sekiranya masalah kewangan berlaku dalam institusi kekeluargaan, semestinya akan menyebabkan timbulnya masalah rumah tangga. Suami isteri akan sering bertengkar kerana sering kesempitan wang untuk memjelaskan sewa rumah, bil-bil, membeli keperluan harian dan sebagainya dan akhirnya sehingga boleh membawa kepada kes penceraian.


4. Muflis
Bagi individu yang sentiasa berhutang terutamanya dengan institusi kewangan seperti pihak bank, jika mereka tidak mampu untuk membuat pembayaran balik maka pihak bank berhak untuk mengistiharkan muflis kepada golongan ini dan hartanya akan dirampas atau disita oleh pihak bank. Kebanyakan golongan yang muflis merupakan golongan yang gagal menjelaskan hutang kad kredit dan kadar faedah yang tinggi dan akhirnya membawa mereka kepada muflis. 

Lai Swee Kee (206386)

3 comments:

Kumpulan23 said...
This comment has been removed by the author.
kumpulanF18 said...

kesan masalah kewangan boleh menjurus kepada tekanan perasaan (emosi dan mental).. jika ia berlarutan ia akan menyebabkan atau memudaratkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

konklusinya, kita harus berusaha mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke dalam masalah kewangan..kita harus pandai membajet wang secara sistematik..

Anonymous said...

http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/qiqilala

Post a Comment