Mengapakah Simpanan itu Penting?

Tuesday, August 3, 2010


  1. Simpanan kewangan boleh diibaratkan sebagai suatu transaksi perniagaan. Anda menukar ganti peluang anda untuk berbelanja sekarang dengan perbelanjaan yang bakal anda hadapi. Maka tujuan utama menabung adalah untuk menampung perbelanjaan mungkin anda hadapi. Bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan".
  2. Anda boleh menabung untuk pembelian aset atau untuk memberikan anda peluang berbelanja yang lebih fleksibel agar mencapai matlamat anda.
  3. Berbelanja dengan berhemat dapat membantu kita menabung dengan lebih efektif. Sekiranya jumlah pendapatan bulanan anda tidak menentu, anda boleh menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda dari menyimpan suatu jumlah yang ditetapkan.

Nur Saibah Bt Zakaria (206258)

1 comments:

Unknown said...

kita perlu mengamalkan amalan menyimpan wang..kerana kecemasan akan berlaku bila-bila masa..pupuk amalan itu dari zaman kanak-kanak..bagi yang belum mulakan amalan ini, marilah mulakan dari hari ini!

Post a Comment